kau dan aku
punyai 1001 persamaan dan juga perbezaan
kita berkongsi sama rasa
kita berkongsi udara yang sama setiap hari
oksigen yang kau sedut , karbon dioksida yang kau hembus
aku jua begitu
tidak kurang tidak lebih
kita berkongsi globe yang sama
meskipun kau jauh nun di sana ,
tapi tetap berada di bumi ciptaan ALLAH
yang nyata , aku masih di sini
tapi hakikatnya,
kita terlalu berbeda
aku perempuan dan kau makhluk ALLAH bergelar lelaki
fitrah kita terlalu berbeza
sekalipun kau berubah menjadi perempuan dalam sekelip mata,
namun kau tetap lelaki
perempuan adalah makhluk yang paling lemah dan paling pemalu
sekali puun seseorang perempuan itu kelihatan sangat terbuka
namun , dia juga merasa malu dalam beberapa perkara
tidak semua yang di perlihatkan luaran sama dengan dalaman seseorang
hakikatnya, tuan empunya hati sahaja yang tahu
dan kau insan bernama lelaki
Allah ciptakan kau bertujuan sebenarnya
untuk memimpin kaum hawa dan menjadi ketua bagi sesebuah negara
jadi lah pemberani wahai kaun adam
sesungguhnya perempuan amat tidak sukakan langkah pertama di buat oleh nye
bukan untuk menyatakan ingin lelaki bersifat gentleman
tetapi fahamilah fitrah perempuan
sesungguhnya perempuan dambakan perhatian, dan
bukannya wang ringgit , hadiah bertimbun timbun
pernah juga perempuan sanggup rendahkan maruah mencari lelaki
setelah sedar nye dari kealpaan,
maka sanggup di buangnya rasa itu kerana nilai yang satu itu
iaitu MARUAH
No comments:
Post a Comment